13 Julai 2023, 18:42

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Penganjuran bengkel A Comprehensive Guide to Qualitative Research and ATLAS.ti oleh Pusat Kajian Rehabilitasi dan Keperluan Khas (iCaRehab), Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertujuan meningkatkan kemahiran para penyelidik dan pelajar pascasiswazah dalam penyelidikan kualitatif yang menjadi satu daripada kaedah penting dalam bidang perubatan dan sains kesihatan.

Berikutan UKM merupakan universiti penyelidikan negara yang amat mementingkan pelaksanaan penyelidikan berkualiti dan berimpak tinggi dalam kalangan warga universiti, kaedah penyelidikan sangat dititikberatkan sama ada melibatkan kaedah kuantitatif ataupun kaedah kualitatif yang merangkumi pelbagai jenis reka bentuk kajian.

“Saya amat percaya bahawa bengkel seperti ini memberikan peluang yang berharga kepada penyelidik dan pelajar untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka sekali gus membolehkan mereka mendalami subjek penyelidikan kualitatif,” kata Dekan FSK, UKM, YBrs. Profesor Dr. Suzana Shahar ketika menyampaikan ucapan perasmian bengkel berkenaan.

Dekan FSK, UKM, YBrs. Profesor Dr. Suzana Shahar ketika menyampaikan ucapan perasmian bengkel A Comprehensive Guide to Qualitative Research and ATLAS.ti di FSK, UKM.

Tambah beliau, penyelidik dan pelajar boleh memperoleh pemahaman yang lebih mendalam dan tepat tentang pelbagai topik serta menggalakkan lebih banyak hasil kajian penyelidikan kualitatif pada masa hadapan dengan penggunaan pendekatan kualitatif tersebut.

Sebahagian daripada peserta yang menyertai Bengkel A Comprehensive Guide to Qualitative Research and ATLAS.ti anjuran Pusat Kajian iCaRehab, FSK, UKM.

Bengkel yang berlangsung selama dua hari itu dikendalikan oleh tiga orang pakar, iaitu YBrs. Dr. Hasrol Hosshan dan YBrs. Dr. Mohd Muslim Md Zalli daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris dan YBrs. Profesor Dr. Leigh Hale daripada Otago University, New Zealand.

Sebahagian daripada peserta yang terlibat dalam sesi praktikal penggunaan perisian ATLAS.ti bagi menganalisis penyelidikan kualitatif.

Pengisian bengkel tersebut menumpukan kepada teori kaedah utama penyelidikan kualitatif, iaitu in-depth interview dan focus-group discussion serta teknik baharu dalam menganalisis data, yakni menggunakan perisian ATLAS.ti.

Sesi penyampaian cenderamata kepada YBrs. Dr. Hasrol Hosshan (kanan) selaku penceramah bengkel A Comprehensive Guide to Qualitative Research and ATLAS.ti.

Bengkel yang disertai oleh 55 orang peserta itu telah meningkatkan keupayaan para peserta dalam merancang dan melaksanakan kaedah penyelidikan kualitatif dengan tepat dan berkesan bagi menghasilkan output kajian yang sah.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.