7 Mei 2024, 13:01

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kerjasama antara Lembaga Koko Malaysia (LKM) dengan Nestlé (Malaysia) Berhad mampu menggalakkan impak positif dari segi peningkatan hasil pengeluaran biji koko tempatan mampan serta berupaya meningkatkan sumber pendapatan petani koko.

Kementerian Perladangan dan Komoditi dalam satu kenyataan berkata, kerjasama antara kedua-dua pihak tersebut bukan sahaja memfokuskan pengeluaran koko mampan, malah memupuk kesedaran para petani dan komuniti mengenai kepentingan menjaga alam sekitar di samping mengamalkan aktiviti penanaman berasaskan teknologi hijau.

Dalam kenyataan itu juga dinyatakan bahawa produk baharu KitKat® Dark 52% keluaran Nestlé (Malaysia) Berhad dengan kerjasama LKM telah dilancarkan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi, Yang Berhormat Datuk Seri Johari Abdul Ghani di Pusat Inovasi dan Teknologi Koko LKM, Nilai, Negeri Sembilan, hari ini.

Produk KitKat® Dark 52% merupakan produk coklat sumber tunggal (single origin) Borneo yang menggunakan 100 peratus biji koko Malaysia dari Sabah dan Sarawak.

Kaedah pengurusan tanaman mampan yang berpotensi untuk dimajukan digunakan dalam proses pengeluaran sumber koko dari Borneo tersebut, sekali gus mengangkat nama biji koko Borneo agar lebih dikenali di persada antarabangsa.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.