Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangArau – Pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) antara UiTM Cawangan Perlis dengan FMC Chemical (Malaysia) Sdn. Bhd. hari ini bertujuan mengeratkan hubungan antara institusi pengajian tinggi dengan pihak industri.
Usaha tersebut jelas menunjukkan kesungguhan UiTM Cawangan Perlis untuk bekerjasama dalam mencungkil bakat kakitangan dan pelajar yang berkualiti serta berdaya saing yang akan memberikan manfaat kepada universiti, industri dan negara.

Selain itu, kerjasama dengan FMC Chemical (Malaysia) Sdn. Bhd. dilihat akan membuka peluang baharu kepada pelajar UiTM, terutamanya pelajar dari Fakulti Perladangan dan Agroteknologi untuk mendapatkan pengalaman amali dan penyelidikan yang bernilai dalam industri.
FMC Chemical (Malaysia) Sdn. Bhd. telah membiayai sebanyak RM70,000 untuk tiga geran penyelidikan dalam bidang pengurusan rumpai.
Menerusi kerjasama ini, pihak FMC Chemical (Malaysia) Sdn. Bhd. diharapkan dapat menyumbang dari segi kepakaran dan taktikal untuk meningkatkan tahap penyelidikan di UiTM Cawangan Perlis.

Turut hadir dalam sesi menandatangani MoU tersebut ialah Rektor, UiTM Cawangan Perlis, YBrs. Profesor Madya Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi; Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar merangkap Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat, Alumni dan Keusahawanan, YBrs. Profesor Madya Dr. Ahmad Nizan Mat Noor; Timbalan Pendaftar Kanan, Encik Mohd Khairul Ab Razak; Pengurus Cawangan, FMC Chemical (Malaysia) Sdn. Bhd.; Encik Nik Ahmad Fadhil Nik Mayudin; Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan, FMC Chemical (Malaysia) Sdn. Bhd.; Encik Mohammad Irfan Abd Quddus; Pemula MoU merangkap Pensyarah Kanan, Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, UiTM Cawangan Perlis, YBrs. Profesor Dr. Chuah Tse Seng, barisan pengurusan eksekutif UiTM Cawangan Perlis dan barisan jawatankuasa penganjur.