23 Mac 2023, 10:53

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Bangi – Bengkel Penyelia Klinikal yang dianjurkan oleh Program Sains Pertuturan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah diadakan melalui aplikasi Zoom, semalam untuk mengukuhkan pengetahuan penyelia terhadap kurikulum praktikum klinikal di samping menyelaraskan jangkaan mereka terhadap tahap keupayaan pelajar berdasarkan tahap pengajian masing-masing.

Dalam ucapan alu-aluan oleh Ketua Program Sains Pertuturan, UKM, Dr. Chu Shin Ying, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas pelibatan penyelia klinikal dalam bengkel ini.

Kita hendak memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran bakal terapi pertuturan dan bahasa di Malaysia terus terjamin.

Ketua Program Sains Pertuturan, UKM, Dr. Chu Shin Ying memberikan ucapan alu-aluan dalam Bengkel Penyelia Klinikal yang diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom, semalam.

Sementara itu, penyelaras kursus latihan industri dan klinikal, Dr. Fatimah Hani berharap agar bengkel ini dapat mewujudkan modul yang boleh diguna pakai oleh penyelia klinikal pada masa hadapan bagi membantu proses penyeliaan terhadap pelajar.

Bengkel ini melibatkan pengenalan kurikulum praktikum dan perbincangan dua hala antara pihak Program Sains Pertuturan, UKM dengan penyelia klinikal.

Dr. Fatimah Hani memperkenalkan organisasi yang terlibat dalam penempatan pelajar untuk latihan industri dan klinikal kepada semua peserta bengkel.

 

Perbincangan antara Dr. Fatimah Hani dan terapi pertuturan dan bahasa dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Puan Puspa Maniam.

“Melalui bengkel ini, kita boleh menggalakkan pelajar untuk menulis jangkaan matlamat pembelajaran mereka yang realistik pada awal semester untuk membantu pembelajaran pelajar di samping belajar mengikut rentak mereka sendiri,” kata Puan Looi Wei Li, terapi pertuturan dan bahasa.

Selain itu, terapi pertuturan bahasa yang telah menjadi penyelia klinikal lebih 10 tahun di Kementerian Kesihatan Malaysia, Puan Puspa Maniam memaklumkan bahawa pelajar perlu mengambil langkah proaktif dengan melibatkan diri secara sukarela, terutamanya dalam sesi bersama-sama pesakit sebelum klinik bermula bagi membantu sesi pembelajaran.

Sebanyak 21 orang terapi pertuturan dan bahasa yang merangkumi sektor kerajaan dan swasta daripada pelbagai industri telah menyertai bengkel ini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.