Oleh Ritah Yahaya
17 September 2021, 16:04

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Majlis Perasmian Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Pusat Laktasi Kebangsaan 2021 disambut pada tahun ini dari 1 hingga 7 Ogos setiap tahun di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia.
Tema kali ini ialah “Lindungi Penyusuan Susu Ibu: Tanggungjawab Bersama” memfokuskan sokongan dan perhatian tentang kepentingan penyusuan susu ibu dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, sambutan kali ini juga mengutamakan proses penyusuan susu ibu yang mesti dilakukan ketika pandemik COVID-19. Hal ini demikian kerana penyusuan susu ibu akan memberikan nutrisi penting yang lengkap untuk bayi.

Program yang dianjurkan oleh Pusat Laktasi Kebangsaan dengan kerjasama Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Tuanku Azizah ini dirasmikan oleh Dato’ Dr. Haji Noor Azmi Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan 1 (gambar) di Hospital Tuanku Azizah di ibu negara pada hari ini.
Dalam ucapan beliau, Timbalan Menteri Kesihatan 1 mengatakan bahawa pendekatan melibatkan perhatian semua pihak sangat tepat serta senada dengan dasar kerajaan yang amat prihatin terhadap penjagaan hak dan kebajikan bayi serta ibu.

“Pendekatan ini diyakini dapat menjamin kelestarian generasi negara pada masa akan datang serta bagi memastikan amalan penyusuan ibu sentiasa disokong dan diperkukuh dari semua peringkat,” ujar beliau.

(Sumber berita dan gambar: Kementerian Kesihatan Malaysia)
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi