Oleh
Ritah Yahaya
Diterbitkan pada 17 September 2021, 16:04
Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangSelain itu, sambutan kali ini juga mengutamakan proses penyusuan susu ibu yang mesti dilakukan ketika pandemik COVID-19. Hal ini demikian kerana penyusuan susu ibu akan memberikan nutrisi penting yang lengkap untuk bayi.
Program yang dianjurkan oleh Pusat Laktasi Kebangsaan dengan kerjasama Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Tuanku Azizah ini dirasmikan oleh Dato’ Dr. Haji Noor Azmi Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan 1 (gambar) di Hospital Tuanku Azizah di ibu negara pada hari ini.
“Pendekatan ini diyakini dapat menjamin kelestarian generasi negara pada masa akan datang serta bagi memastikan amalan penyusuan ibu sentiasa disokong dan diperkukuh dari semua peringkat,” ujar beliau.