Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangBangi – Pusat Teknologi Reaktor, Agensi Nuklear Malaysia menerima kunjungan pasukan pakar antarabangsa dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) bagi melaksanakan Integrated Nuclear Safety Assessment for Research Reactors (INSARR) ke atas Reaktor TRIGA PUSPATI (RTP).
Misi ini bertujuan untuk menilai tahap keselamatan dan amalan pengoperasian RTP yang telah beroperasi lebih 40 tahun serta memberikan cadangan penambahbaikan mengikut piawaian antarabangsa terkini.
Sepanjang misi tersebut berlangsung, pasukan IAEA telah menyemak dokumentasi teknikal, menjalankan pemerhatian tapak dan mengadakan perbincangan bersama-sama pegawai teknikal RTP.

RTP merupakan satu-satunya reaktor penyelidikan di Malaysia dan berfungsi dalam penghasilan radioisotop, latihan akademik serta penyelidikan pelbagai disiplin sejak tahun 1982.
Melalui sokongan teknikal dan kerjasama yang berterusan dengan pihak IAEA, RTP berupaya memperkukuh peranannya dalam pembangunan sains dan teknologi nuklear negara.
Misi INSARR tersebut mencerminkan komitmen Malaysia terhadap keselamatan nuklear, ketelusan operasi dan penambahbaikan secara berterusan.