22 November 2023, 16:23

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Puncak Alam – Untuk memperkukuh pengetahuan dan kemahiran para pelajar di Pusat Pengajian Fisioterapi di Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, program pengajaran yang menerapkan konsep Centre for Innovative Delivery and Learning Development (CIDL) untuk memimpin inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan kemajuan teknologi terkini di samping memastikan kejayaan dalam proses pembelajaran dalam subjek Physiotherapeutic Exercise II telah diadakan baru-baru ini.

Program ini menampilkan pensyarah dari Pusat Kajian Rehabilitasi dan Keperluan Khas, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Noor Hafifi Noorhisham sebagai penceramah jemputan untuk mengadakan sesi teori dan amali, khusus dalam pengendalian kerusi roda.

Menurut Dr. Noor Hafifi Noorhisham, ahli fisioterapi perlu mempunyai pengalaman amali dan pengetahuan yang mendalam dalam aspek pengendalian kerusi roda, sistem pengiraan keupayaan anggota badan dan mengenal pasti beberapa teknik pergerakan bagi pesakit yang berkerusi roda.

Peserta mempelajari kemahiran mengawal pergerakan dengan menggunakan tali pinggang keledar dan kerusi roda.

Pensyarah di Pusat Pengajian Fisioterapi di Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Puncak Alam, Dr. Azliyana Azizan berkata, peserta yang menghadiri program ini tidak hanya terdedah dengan maklumat kepelbagaian jenis kerusi roda dan teknik pengendalian yang betul, malah peserta akan memperoleh pandangan yang lebih mendalam mengenai aspek psikososial dalam pengurusan kesihatan.

Peserta program melakukan aksi wheelie dengan pantauan penceramah program.

“Program ini turut menekankan pentingnya pembelajaran berterusan dalam meningkatkan profesionalisme peserta program dalam industri kesihatan,” ujar Dr. Azliyana Azizan lagi.

Suasana pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan ini turut memberikan peluang kepada peserta untuk menjalin hubungan dan bertukar-tukar pendapat dengan pakar industri.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.