14 Mei 2024, 16:48

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Monsun barat daya dijangka bermula pada hari Jumaat ini, 17 Mei 2024 dan akan berterusan hingga September 2024.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataannya berkata, angin bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara yang lebih rendah ketika monsun barat daya berlaku dan keadaan atmosferanya lebih stabil.

“Dalam hal ini, pembentukan awan hujan berkurangan, sekali gus membawa kepada taburan hujan yang lebih rendah dalam tempoh berkenaan,” kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Encik Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan tersebut.

Tambah beliau, negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan yang lebih banyak berbanding dengan bilangan hari hujan di kebanyakan tempat.

Beliau juga menegaskan bahawa aktiviti pembakaran terbuka haruslah dielakkan kerana fenomena jerebu boleh berlaku sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal, terutamanya pada Julai hingga September 2024.

Sepanjang tempoh monsun ini juga, penggunaan air hendaklah digunakan secara berhemah.

Encik Muhammad Helmi Abdullah juga berkata, hujan lebat berserta angin kencang dan petir berikutan fenomena garis badai, yakni barisan ribut petir yang terbentuk akibat penumpuan angin dan boleh berlarutan hingga beberapa jam masih boleh berlaku di pantai barat Semenanjung, utara Sarawak dan barat Sabah, terutamanya pada awal pagi.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan cuaca, orang ramai boleh melayari laman sesawang atau media sosial MET Malaysia, menerusi aplikasi myCuaca atau menghubungi talian 1-300-22-1638.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.