25 Jun 2022, 18:38

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Simpang Empat – “Sebelum tsunami berlaku, ketahuilah tanda tsunami dan kenali persekitaran anda serta laluan evakuasi. Sekiranya berlaku tsunami, jauhi kawasan pantai jika berada di daratan dan sekiranya berada di lautan, jauhi kawasan pesisir pantai. Jangan membawa barangan yang membebankan. Hubungi pihak berkuasa dan saudara-mara jika kemudahan komunikasi masih belum terputus serta cuba mendapatkan benda yang mudah terapung.”

Demikian titah Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan meninjau tiang siren Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) yang baru sahaja dipasang oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) di pekarangan Masjid Ameer Fawwaz, Sungai Baru, Simpang Empat baru-baru ini selepas berkenan berangkat menghadiri Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan ke-16 bagi tahun 2022 di masjid tersebut, petang semalam.

Raja Muda Perlis menyerahkan sumbangan zakat MAIPs di Masjid Ameer Fawwaz, Sungai Baru, Simpang Empat.

Bersempena dengan program tersebut, baginda turut berkenan menyerahkan sumbangan zakat MAIPs berjumlah RM11 600 kepada 29 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah masjid tersebut untuk diagihkan oleh amilnya, Mohd Shokkeri Ismail.

Tetamu yang hadir dalam Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan ke-16 bagi tahun 2022.

Turut hadir dalam program ini ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Nurulhisham Yaakob yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Empat, Mufti Perlis, Dato’ Arif Perkasa Profesor Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.