25 Oktober 2021, 00:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Nano Kebangsaan (NanoKEB) merupakan program tahunan yang diadakan sejak tahun 2015 untuk menghimpunkan para penggiat nanoteknologi dengan tujuan berkongsi pengetahuan dan maklumat perkembangan pembangunan nanoteknologi negara melalui bengkel dan seminar teknikal serta sesi libat urus.

NanoKEB pada tahun ini dianjurkan secara maya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC).dari 23 Oktober 2021 hingga 27 Oktober 2021. Manakala, NanoMalaysia Berhad, Institut of Microengineering and Nanoelectronics (imen) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia Nanotechnology Association (MNA), NANOVerify, Standard and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula bertindak sebagai penganjur bersama NanoKEB 2021.

Tujuan penganjuran NanoKeb adalah untuk berkongsi pengetahuan dan maklumat mengenai pembangunan nanoteknologi negara, menggalakkan perbincangan dan libat urus berkaitan dengan isu dan hala tuju penyelidikan dan pembangunan nanoteknologi dan medium kesedaran mengenai nanoteknologi kepada masyarakat, terutamanya pelajar universiti dan sekolah.

Program secara maya ini menganjurkan pelbagai aktiviti, antaranya termasuklah pameran teknikal maya, seminar pengkomersialan nanoteknologi, seminar industri nanoteknologi, tayangan video pendek finalis Pertandingan Adiwira Nano 2021, bengkel  pembangunan pelan tindakan dasar dan strategi atau pelan halatuju teknologi dan produk nanoteknologi, seminar teknikal nanokeselamatan 2021, simposium NanoSym 2021, seminar rangkaian makmal nanoteknologi kebangsaan 2021 (RMNK2021), video pembentangan akhir cadangan penyelidikan Pertandingan Olympiad Nanotekonologi Malaysia (ONM) 2021, dan bacaan esei Peserta Pertandingan Esei Nanoteknologi (PENT) 2021.

Para pengunjung boleh melayari laman web  NanoKeb (www.nanokeb.com) untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan program ini.

(Sumber: Facebook MOSTI)

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi