Oleh Ritah Yahaya
24 Ogos 2021, 14:26

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pulau Pinang – Kini, bekalan darah di Hospital Pulau Pinang semakin susut, sedangkan permintaan bagi bekalan darah untuk kegunaan pesakit meningkat. Berdasarkan hantaran terbaharu yang dimuat naik di Facebook Derma Darah Penang, hingga hari ini, hanya satu beg darah yang berjaya diperoleh dalam Kempen Derma Darah di Dewan Sri Pinang, Georgetown.

Program Derma Darah anjuran Team Blood Bank bersama-sama YB Phee Boon Poh, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang Alam Sekitar dan Kebajikan diadakan dari 23 Ogos 2021 hingga 24 Ogos 2021 di Dewan Sri Pinang.

Kementerian Kesihatan Malaysia menyeru warga Pulau Pinang yang layak menderma darah untuk bersama-sama menghulurkan bantuan kepada pesakit yang memerlukan. Orang ramai yang berhasrat  menderma darah boleh menghubungi talian: 04-2225161 atau mesej terus ke Facebook Derma Darah Penang.

(Sumber gambar: Derma Darah Penang)

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.