Oleh Ritah Yahaya
18 Julai 2021, 08:56

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – PERHILITAN mengundang orang ramai menyertai larian secara maya RUN FOR HARIMAU MALAYA bersempena dengan Sambutan Hari Harimau Sedunia pada 29 Julai 2021 sambil menyumbang kepada Tabung Selamatkan Harimau Malaya.

Larian secara maya yang dianjurkan oleh PERHILITAN, Yayasan Hijau Malaysia dan Runlista ini bermula dari 24 Julai 2021 hingga 10 Ogos 2021, melibatkan aktiviti berjoging/berlari/berskip/berjalan sejauh 7 kilometer.

Pendaftaran dibuka dari 14 Julai 2021 hingga 26 Julai 2021. Sebahagian daripada yuran pendaftaran akan disalurkan kepada Tabung Kempen Selamatkan Harimau Malaya. Untuk maklumat lanjut pendaftaran, orang ramai boleh melayari https://bit.ly/Runforharimaumalaya

 

(Sumber): PERHILITAN
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.