8 Julai 2021, 17:34

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Bangi – Timbalan Menteri Kesihatan I, Dato’ Dr. Noor Azmi Ghazali menghadiri lawatan kerja rasmi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Bangi Golf Resort, Selangor pada hari ini. Kedatangan beliau disambut oleh Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dato’ Indera Dr. Shaari Ngadiman.

Dato’ Dr. Noor Azmi telah mengunjungi bas yang dicadangkan sebagai PPV Mobiliti dan diberi penerangan oleh Pengarah Yayasan Setia Negara Malaysia, Dato’ Haniff Borhan.

Dalam usaha menyahut seruan kerajaan untuk mencapai 80% vaksinasi dalam kalangan rakyat Malaysia, PPV Mobiliti ini mampu membantu pihak kerajaan mencapai imuniti berkelompok serta membantu para pengusaha bas meningkatkan sektor ekonomi.

Bas yang dijadikan PPV Mobiliti ini mempunyai tujuh buah stesen pemberian vaksin. Anggaran pemberian vaksin dalam sehari adalah sebanyak 647 dos, bersifat mesra OKU dan mempunyai peti simpanan vaksin.

Dalam lawatan tersebut, Dato’ Dr. Noor Azmi diiringi oleh Pegawai Daerah Hulu Langat, Encik Najmuddin Jemain, Ahli Parlimen Bangi, Dr. Ong Kian Ming dan Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Langat, Dr. Zailiza Suli.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.