Oleh Ritah Yahaya
23 Jun 2021, 15:02

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Misi Earth 300 adalah untuk memastikan kelangsungan hidup manusia dengan menangani ancaman terbesar, terutamanya masalah alam sekitar dan ekologi. Secara khususnya, pasukan pakar di sebalik kapal ini berupaya mengatasi masalah kritikal kini, antaranya termasuklah pelepasan karbon, pencemaran, degradasi ekosistem, keselamatan air dan makanan, dan ketahanan kesihatan global.

Earth 300 dilengkapi 22 buah makmal, dapat menampung 160 orang saintis dan 20 orang pakar dari seluruh dunia yang tinggal dan bekerja di dalam kapal layar super (superyacht) ini. Mereka dapat mengakses alat canggih berkaitan dengan Kecerdasan Buatan, robotik, pembelajaran mesin, dan pemprosesan data masa nyata.

Setia dengan misinya, kapal layar super yang bersaiz 300 meter panjang dan 60 meter tinggi ini menggunakan tenaga nuklear yang 100% bebas pelepasan, yang dihasilkan oleh Molten Salt Reactor. Earth 300 akan menghabiskan masa 300 hari setahun di laut, melakukan penyelidikan sambil berlayar.

(Sumber: Earth 300)
(Sumber: Earth 300)

(Diolah daripada TNW News)

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.