8 Mei 2021, 16:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

ALOR SETAR – Galeri pameran interaktif robotik terbesar di Wilayah Utara, Cybernetics bakal menjadi tarikan terbaharu di Kedah. Galeri ini terdiri daripada enam kluster, iaitu Muslim Automation Heritage, Robot Anatomy, Machines in Action, Beat The Machines, Smart Industry dan Persekitaran Interaktif.

Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, galeri seluas 500 meter persegi di Pusat Sains Negara (PSN) cawangan Wilayah Utara itu siap dibangunkan pada November 2020.

“Galeri ini mempunyai 19 bahan pameran interaktif, 32 unit robot dan tiga unit e-games yang boleh dilawati dan diterokai pengunjung dari empat negeri di Wilayah Utara iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis,” katanya ketika melawat galeri berkenaan pada Isnin.

Hadir sama, Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Ir Ts Dr Siti Hamisah Tapsir dan Pengarah PSN, Mismah Jimbun. Mengulas lanjut, Mismah berkata, pembangunan galeri itu mengambil masa selama lapan bulan dengan mengambil kira peranan dan teknologi robotik dalam kehidupan harian. Cybernetics turut menawarkan aktiviti pendidikan berkonsepkan robotik iaitu pengaturcaraan untuk pelbagai peringkat umur dari prasekolah hingga ke peringkat sekolah menengah.

“Pembukaan galeri ini sempena operasi semula PSN Wilayah Utara yang ditutup sebelum ini akibat pandemik Covid -19. Kami menyasarkan seramai 120 000 pengunjung pada tahun ini dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi mengekang penularan wabak Covid-19,” katanya.

 

Pautan: https://www.sinarharian.com.my/article/135626/BERITA/Nasional/Cybernetics-tarikan-terbaru-di-Kedah

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi