8 Mei 2021, 16:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Puasa pada bulan Ramadan merupakan satu proses yang memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan.

Dalam bulan ini, kita berpeluang untuk merehatkan organ penghadaman yang telah bekerja keras sepanjang tahun. Bukan saja merehatkan, kita juga memberi peluang kepada organ tersebut membersihkan “dirinya” dengan syarat kita mengamalkan pemakanan yang betul sepanjang bulan puasa ini.

Berpuasa juga akan memberikan peluang kepada tubuh badan untuk membuang lebihan toksin yang terkumpul di dalam badan. Pada peringkat awal berpuasa, kita sedari bahawa mulut akan berbau, peluh berbau, kulit kering bersisik, gatal-gatal pada kulit, air kencing pekat dan berbau, lidah kelat dan sebagainya. Hal ini semua merupakan petanda bahawa tubuh sedang membersihkan toksin dalam badan.

Selain itu, kelebihan berpuasa juga boleh meningkatkan kekuatan fizikal dan mental umat Islam. Selalunya pada bulan inilah kita merasakan bahawa kekuatan dalam diri kita diuji dengan pelbagai bentuk ujian. Bagi mereka yang bekerja dengan menggunakan kekuatan fizikal, bulan Ramadan pasti menguji ketahanan diri. Bagi mereka yang mudah lemah semangat, kelebihan bulan Ramadan ini perlulah digunakan untuk membina kekuatan diri.

Pautan: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/apa-kata-sains-tentang-puasa-39005

 

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi