Diterbitkan pada 9 April 2026, 15:10

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Bahagian Penguasa Angkasa (BPAngkasa) mengesahkan telah menerima maklumat awal mengenai kenampakan objek disyaki serpihan angkasa di ruang udara Sarawak.

Menurut MOSTI dalam satu kenyataan, setakat ini tiada laporan rasmi mengenai penemuan serpihan di darat atau perairan.

Ujarnya,

Berdasarkan penelitian awal video yang tular, objek tersebut dipercayai berkemungkinan sebahagian serpihan objek angkasa, namun pengesahan lanjut masih dalam siasatan.

MOSTI berkata, pemantauan sedang dijalankan secara aktif oleh BPAngkasa dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

Katanya, orang awam dinasihatkan agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa atau menghubungi talian kecemasan 999 atau terus kepada BPAngkasa di talian 03-8885 8685 atau e-mel [email protected].

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi