Diterbitkan pada 24 Februari 2026, 09:10

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Kebangsaan (UKM) telah menganjurkan program Rawatan, Advokasi, Pencegahan dan Inovasi (1RAPi) keselamatan kebakaran khusus buat kakitangan pejabat, makmal dan klinik.

Program yang bertujuan untuk menyemai budaya cakna terhadap risiko kebakaran di tempat kerja mahupun di kediaman ini telah diadakan dengan kerjasama Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan FSK, UKM, Pertubuhan Pencegah Kebakaran Kuala Lumpur dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Program 1RAPI merupakan satu anjakan paradigma dalam mendepani cabaran risiko kebakaran. Program ini menggabungkan elemen teknologi pintar dan kesedaran sivik yang mendalam untuk membentuk ekosistem keselamatan yang menyeluruh.

Bertemakan slogan, Cegahlah Tanpa Tapi, Bertindaklah Tanpa Nanti, memberikan penekanan khusus terhadap bahaya “3L”, iaitu lupa, lalai, dan leka yang dikenal pasti sebagai punca utama berlakunya bencana kebakaran yang sepatutnya boleh dielakkan sekiranya langkah pencegahan diambil lebih awal.

Para peserta didedahkan dengan pelan tindakan kecemasan yang berkesan dan keperluan serta penggunaan alat bantu mula kebakaran seperti pengesan asap, alat pemadam api, selimut api dan sebagainya.

Antara peserta yang hadir ke program 1RAPi.

Dengan adanya inisiatif seperti program ini menjadikan kakitangan lebih bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan, sekali gus mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif dan kakitangan juga lebih peka terhadap risiko kebakaran dan memahami tanggungjawab dalam menjaga keselamatan premis universiti bagi memastikan tahap kesiapsiagaan sentiasa berada pada tahap yang optimum.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi