Diterbitkan pada 13 Januari 2026, 17:05

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Pulau Pinang – Universiti Sains Malaysia (USM) menerima penyertaan sebanyak 39 orang peserta melibatkan 36 orang pelajar dan tiga orang kakitangan dari University of Tasmania (UTAS), Australia menerusi Program Mobiliti University Global Opportunity (UniGo) UTAS–USM 2026 yang berlangsung dari 10 Januari 2026 hingga 4 Februari 2026.

Program UniGo UTAS merupakan inisiatif pertukaran dan mobiliti antarabangsa yang memberikan pendedahan global kepada pelajar melalui pengalaman pembelajaran jangka pendek di luar negara.

Pada peringkat UniGo, program ini diketuai oleh YBrs. Profesor Dr. Ooi Can Seng bersama-sama YBrs. Profesor Dr. Rebecca dan Tyler, manakala USM diketuai oleh YBrs. Dr. Zarina Md Nor selaku penyelaras projek.

Program ini merupakan penganjuran UniGo yang ketiga di USM dengan pelibatan pelajar di bawah kelolaan YBrs. Profesor Madya Dr. Fadzilah Amzah dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan.

Penganjuran program ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama akademik, meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar serta meluaskan pendedahan antarabangsa di luar bilik kuliah.

Antara pengisian utama program termasuklah sesi pengenalan USM oleh Ketua Kluster Kepimpinan, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Aldrin Abdullah, penganjuran USM–UTAS Student Hackathon, kelas bahasa Melayu yang dikendalikan oleh fasilitator dalam kalangan pelajar USM, eksplorasi budaya di Pasar Malam Kampung Melayu, lawatan ke Istana Kuala Kangsar, eksplorasi budaya di Melaka serta pelbagai aktiviti berteraskan pembelajaran berasaskan pengalaman.

Institusi yang berminat untuk menyertai program mobiliti antarabangsa boleh menghubungi USM melalui laman sesawang Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, USM.

Delegasi UTAS berpeluang menikmati masakan Melayu.
Delegasi UTAS dibawa ke Pusat Kajian Samudera dan Pantai USM di Teluk Bahang.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi