Diterbitkan pada 23 Julai 2026, 17:38

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Tempoh pendaftaran Pertandingan Olympiad Nanoteknologi Malaysia (ONM) Peringkat Kebangsaan 2026 dilanjutkan hingga 28 Julai 2026 bagi membuka peluang kepada pelajar dari universiti awam dan swasta pada peringkat sarjana serta doktor falsafah (PhD) untuk menyertai pertandingan tersebut.

Pertandingan anjuran Pusat Nanoteknologi Kebangsaan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama The MASS Malaysia itu menawarkan penyertaan secara percuma dan terbuka kepada semua pelajar sarjana serta PhD di Malaysia.

Bertemakan Nano Meets Bio (Nanotechnology in Biomedical Sciences), pertandingan ini memberikan tumpuan kepada bidang nanoteknologi dalam sains bioperubatan.

Para peserta perlu membuat pendaftaran secara dalam talian serta memilih satu daripada sesi yang disediakan bagi menduduki Peperiksaan Saringan dalam Talian Pertandingan ONM Peringkat Kebangsaan 2026 (Fasa 1).

Pertandingan ONM merupakan pertandingan akademik yang menguji pengetahuan dan keupayaan para peserta dalam sesuatu bidang melalui penilaian khusus dan para peserta akan dinilai berdasarkan pengetahuan berkaitan dengan nanoteknologi, selaras dengan tema yang ditetapkan.

Maklumat lanjut mengenai syarat penyertaan dan pendaftaran boleh diperoleh melalui laman rasmi MOSTI.

Poster Pertandingan ONM Peringkat Kebangsaan 2026.
Syarat penyertaan yang perlu dipatuhi oleh individu yang ingin menyertai Pertandingan ONM Peringkat Kebangsaan 2026.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi