Diterbitkan pada 11 Ogos 2025, 10:21

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kota Bharu – Selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang menekankan nilai keilmuan, kesejahteraan dan keterangkuman dalam pembangunan negara, Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) turut mempamerkan pelbagai inovasi dan perkhidmatan dalam Program MADANI Rakyat 2025 (PMR 2025) yang berlangsung di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Program yang berlangsung selama tiga hari itu menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan untuk mempamerkan teknologi dan inovasi masing-masing.

Ketibaan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat (YAB) Dato’ Seri Anwar Ibrahim di reruai Nuklear Malaysia disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah (Program Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi, Nuklear Malaysia, YBrs. Dr. Muhammad Rawi Mohamed Zin dan sesi taklimat ringkas mengenai peranan Nuklear Malaysia serta teknologi yang dipamerkan di reruai tersebut turut diadakan.

Penganjuran PMR 2025 di Kelantan merupakan hasil kerjasama antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.

PMR 2025 Kelantan menampilkan pelbagai tarikan yang istimewa dengan menyediakan lebih daripada 150 perkhidmatan titik sentuh (touch point) yang melibatkan 21 buah reruai kementerian, agensi dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi