Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangJeju – Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) terus melakar kejayaan apabila wakilnya, YBrs. Dr. Asma Aris dinobatkan sebagai Pembentang Oral Terbaik di 14th International Conference on Environment, Energy and Biotechnology (ICEEB 2025) yang berlangsung di Jeju National University, Korea Selatan.
Persidangan yang menghimpunkan lebih daripada 100 orang penyelidik dari seluruh dunia termasuklah Jepun, China, Korea, Turkiye, Kanada, Qatar dan Amerika Syarikat telah memberikan penghormatan kepada penyelidikan YBrs. Dr. Asma Aris yang bertajuk “Characterisation of Quality, Physicochemical Properties and Microbial Diversity of Soil in Non-Granary Rice Cultivation Area”.
Kajian tersebut mengetengahkan pemprofilan mikroorganisma tanah dalam sistem tanaman padi mutan termaju di luar jelapang padi dengan memberikan tumpuan terhadap tiga komponen utama kesihatan tanah dari segi fizikal, kimia dan biologi serta hubungannya dengan pencapaian hasil tanaman.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Sesi, iaitu Assoc. Profesor Yukichika Kawata dari Universiti Kindai, Jepun.
Penyertaan tersebut mencerminkan komitmen berterusan Nuklear Malaysia dalam penyelidikan berimpak tinggi serta pelibatan aktif pada peringkat antarabangsa.
Selaras dengan Dasar Teknologi Nuklear Negara, Nuklear Malaysia terus komited menerajui inovasi sains dan teknologi nuklear secara aman, selamat dan bertanggungjawab demi kesejahteraan rakyat seiring dengan slogan “Nuklear untuk Rakyat”.
