Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangBangi – Agensi Nuklear Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) yang diketuai oleh YBrs. Ir. Fam Yew Hin, Ahli Lembaga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Korporat BEM, hari ini.

Kunjungan tersebut bertujuan untuk meneroka peluang kerjasama strategik antara kedua-dua pihak, di samping meningkatkan pemahaman mengenai penggunaan teknologi dan penyelidikan nuklear dalam pelbagai sektor kejuruteraan dan industri.
Ketibaan delegasi BEM disambut oleh Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, YBrs. Dr. Rosli Darmawan.
Sesi pertemuan itu dimulakan dengan taklimat pengenalan mengenai peranan, kepakaran dan pencapaian Agensi Nuklear Malaysia serta diikuti dengan sesi perbincangan dan interaksi bersama-sama pengurusan tertinggi agensi.

Perbincangan berkenaan turut menyentuh potensi kolaborasi dalam bidang pembangunan kapasiti, pemindahan teknologi, pensijilan profesional dan pengukuhan kecekapan kejuruteraan dalam penggunaan teknologi nuklear secara selamat dan beretika.
Hasil kunjungan tersebut berupaya membuka laluan kepada kerjasama yang lebih mantap pada masa hadapan, sekali gus memberikan nilai tambah kepada pembangunan profesional kejuruteraan dan penggunaan teknologi nuklear di Malaysia.