Diterbitkan pada 30 Mei 2025, 15:44

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Seoul – Agensi Nuklear Malaysia terus mengembangkan penyertaan antarabangsa apabila lima orang pegawai penyelidiknya terpilih menyertai Scientist Invitation Program (SIP) 2025 yang berlangsung bersempena dengan Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Korea Selatan.

Sesi perkongsian ilmu yang dikongsikan oleh para penyelidik yang terlibat dalam Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik.

Penyertaan tersebut melibatkan YBrs. Ts. Dr. Mohd Amirul Syafiq Mohd Yunos, YBrs. Dr. Mark Dennis Anak Usang, Encik Zaifol Samsu, YBrs. Dr. Siti Aishah Ahmad Fuzi dan Puan Nabilah Ramli sebagai wakil Agensi Nuklear Malaysia dalam program berprestij tersebut.

SIP 2025 menghimpunkan 12 orang saintis dan penyelidik dari Malaysia yang memfokuskan bidang fizik, termasuklah fizik kuantum, teknologi tenaga baharu serta fizik asas seperti fizik nuklear dan fizik zarah.

Program ini membuka ruang pertukaran ilmu dan kepakaran dalam bidang fizik yang sedang berkembang pesat, selain menggalakkan hubungan saintifik antara negara anggota APEC.

Delegasi Malaysia turut disertai oleh penyelidik dari Universiti Putra Malaysia, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Selain menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi negara, penyertaan Malaysia dalam SIP 2025 selaras dengan usaha menyokong Matlamat Pembangunan Mampan melalui inovasi, perkongsian ilmu dan pemindahan teknologi rentas sempadan.

Sesi perkongsian ilmu oleh para penyelidik berlangsung sepanjang program tersebut dan menjadi wadah kepada pertukaran pandangan serta pembinaan jaringan profesional dalam bidang fizik.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi