Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Komitmen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam menjayakan agenda kelestarian dibuktikan menerusi inisiatif Projek Eco-Campus UKM Kuala Lumpur yang menggabungkan pengurusan hijau, pendidikan mampan dan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kampus.
Dalam program tersebut, sebanyak dua buah kebun bandar telah dibangunkan di Kampus Jalan Raja Muda Abdul Aziz, manakala sebuah lagi kebun bandar dibina di kawasan kediaman pelajar di Jalan Temerloh, Kuala Lumpur.

Ketiga-tiga kebun bandar tersebut meliputi kawasan seluas 6000 kaki persegi dan kini menempatkan lebih 60 jenis tanaman organik yang dapat dinikmati oleh pelajar dan kakitangan kampus.
Program ini turut mendapat sokongan teknikal dan khidmat nasihat dari Bahagian Pertanian Bandar, Jabatan Pertanian Malaysia serta kerjasama pengusaha kafeteria kampus dalam usaha mengurangkan penggunaan bahan plastik sekali guna seperti cawan.
Ketua Projek Eco-campus UKM Kuala Lumpur, YBrs. Profesor Madya Dr. Zahara Abdul Manaf dari Fakulti Sains Kesihatan, UKM, berkata program ini mampu meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kesedaran pelajar terhadap kepentingan gaya hidup lestari dan pemakanan sihat.
Menurut beliau, pelajar yang terlibat kini lebih mengenali jenis tanaman serta menunjukkan kecenderungan memakan sayur-sayuran dan ulam-ulaman hasil daripada pendedahan langsung kepada aktiviti berkebun.
Ujar beliau,
Para pelajar yang terlibat dalam projek ini diharapkan dapat mengamalkan segala ilmu dan kemahiran yang telah dipelajari, bukan sahaja sepanjang pengajian di kampus, malah diteruskan selepas bergelar graduan kelak.
Tambahnya lagi, para pelajar juga disasarkan untuk menjadi agen perubahan yang mampu menyebarkan amalan pemakanan sihat dan kehidupan lestari dalam kalangan masyarakat luar kampus.

Pelajar yang menyertai program ini dikenali sebagai Eco-campus Warrior dan diketuai oleh seorang ketua yang mengatur jadual aktiviti serta dibimbing oleh penyelidik dalam aspek teknik pertanian dan pemakanan sihat.
Sementara itu, Pengarah Projek Eco-campus Warrior Sesi 2024/2025, Puan Maryam Aufa Mustaza berkata, sebanyak 120 orang pelajar telah menyertai projek ini sejak Ogos 2024 yang bermula daripada kerja penyediaan tapak sehingga kepada proses penuaian hasil tanaman.
Eng Yi Ling, meluahkan rasa teruja kerana diberikan peluang untuk mendekati alam semula jadi, mempelajari cara menjaga tanaman serta menikmati hasil segar daripada kebun yang mereka usahakan sendiri.
Selari dengan Pelan Strategi Kelestarian UKM, projek ini dilaksanakan untuk mengintegrasikan aspek alam sekitar dalam dasar, pengurusan serta pendidikan tinggi dengan memberi impak positif kepada alam sekitar, ekonomi dan masyarakat.






Inisiatif tersebut turut menyokong empat daripada 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, iaitu Matlamat 2: Tiada Kelaparan, Matlamat 3: Kesihatan dan Kesejahteraan Baik, Matlamat 4: Pendidikan Berkualiti serta Matlamat 11: Bandar dan Komuniti Lestari.