Diterbitkan pada 1 September 2024, 21:13

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Petaling Jaya – Sebanyak 60 orang penjaga dan pesakit angin ahmar dari sekitar kawasan Lembah Kelang telah menghadiri program syarahan, perkongsian pengalaman, sesi demonstrasi teknik terapi dan senaman ringan dalam program PulihStrok DIY.

Program tersebut dianjurkan oleh Pusat Kajian Rehabilitasi dan Keperluan Khas (iCaRehab), Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama National Stroke Association of Malaysia (NASAM).

Program ini diketuai oleh Pengerusi  Pusat Kajian iCaRehab, Profesor Madya Dr. Nor Azlin Mohd Nordin untuk memperkasa dan meningkatkan kemahiran penjaga pesakit angin ahmar melalui kaedah dan teknik terapi yang boleh dilakukan sendiri di rumah.

Sesi syarahan mengenai angin ahmar dan komplikasinya oleh ketua projek, Profesor Madya Dr. Nor Azlin Mohd Nordin.

Menurut beliau, selain memberikan sokongan moral, pengetahuan dan petua yang diberikan kepada peserta untuk menjaga pesakit angin ahmar akan membantu pengurusan pesakit dengan lebih berkesan.

Sesi demonstrasi teknik pergerakan pasif oleh pegawai Fisioterapi UKM, Puan Mahfuzah Mokhtar.

Kebanyakan peserta memberi maklum balas yang positif dan menyatakan bahawa program ini sangat bermanfaat kepada mereka, terutamanya aktiviti demonstrasi regangan otot, menggerakkan sendi secara pasif dan memindahkan badan dari katil ke kerusi roda.

Sesi demonstrasi pemindahan pesakit oleh pensyarah Fisioterapi UKM, Dr. Noor Hafifi Hisham bersama-sama ahli fisioterapi NASAM, Puan Shafiqah.

Program yang menyasarkan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) ketiga, iaitu “Kesihatan Baik dan Kesejahteraan” ini juga memberikan peluang kepada penjaga untuk berkongsikan pengalaman dan cabaran yang dihadapi semasa menjaga pesakit angin ahmar.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi