Diterbitkan pada 11 Januari 2024, 17:04

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memastikan setiap penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih mematuhi komitmen yang diumumkan oleh Menteri Komunikasi, Yang Berhormat Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, iaitu memastikan akses terhadap rangkaian 5G tidak dikenakan caj tambahan.

Hal tersebut adalah bertepatan dengan usaha berterusan kerajaan dalam menyediakan akses teknologi telekomunikasi canggih yang adil dan saksama untuk seluruh rakyat Malaysia.

Perkhidmatan rangkaian 5G telah berjaya mencapai 80.2 peratus liputan di kawasan berpenduduk setakat 31 Disember tahun lalu.

Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan berhubung dengan caj akses 5G menerusi Portal Pengguna MCMC atau menghubungi talian 1-800-188-030.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi