5 Januari 2024, 09:41

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik Sabah telah berkuat kuasa pada 3 Januari lalu, manakala penyerahan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) kepada Kerajaan Negeri Sabah dilaksanakan secara berfasa dalam tempoh tujuh tahun yang dijangka akan selesai pada tahun 2030.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam semalam, keputusan yang dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan melalui kementerian itu adalah sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan Persekutuan untuk memartabatkan Perjanjian Malaysia 1963.

Kerajaan Negeri Sabah boleh melaksanakan perancangan dan pembangunan pembekalan elektrik di Sabah mengikut cara yang tersendiri dengan adanya pemindahan kuasa kawal selia tersebut, namun sekiranya pihak yang terlibat memerlukan bantuan dan khidmat nasihat daripada Kerajaan Persekutuan, kerajaan bersedia untuk memberikan kerjasama dan bimbingan.

Selepas penyerahan kuasa tersebut, masalah gangguan bekalan elektrik di Sabah diharapkan dapat ditangani oleh Kerajaan Negeri Sabah dengan sebaik-baiknya dan memenuhi peningkatan permintaan elektrik di negeri berkenaan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.