Oleh Rashid Ating
2 Januari 2024, 08:31

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Individu yang berumur 18 tahun ke atas perlu membuat semakan data di laman sesawang Pangkalan Data Utama (PADU), mengemas kini 39 maklumat dan mengesahkan maklumat tersebut mulai hari ini selepas majlis pelancarannya.

PADU merupakan inisiatif Kementerian Ekonomi dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia.

Menteri Ekonomi, Yang Berhormat Mohd Rafizi Ramli dalam satu kenyataan menyatakan bahawa pengemaskinian maklumat dalam pangkalan data PADU dilanjutkan hingga Mac 2024.

Antara manfaat yang diperoleh apabila mengemas kini maklumat yang diperlukan ialah rakyat Malaysia berpeluang menerima bantuan atau perlindungan sosial yang sewajarnya.

Jelas beliau, PADU ialah satu pangkalan data yang mengandungi profil individu serta isi rumah (warganegara dan pemastautin tetap) di negara ini yang bertujuan menghasilkan satu pangkalan data utama negara yang selamat dan komprehensif.

PADU juga dibangunkan bagi tujuan digitalisasi dan penghasilan analitik berkala, di samping digunakan untuk penggubalan dasar serta proses membuat keputusan berpandukan data dan membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal.

Sistem PADU tersebut bakal dilancarkan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada pukul 12.30 tengah hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.