6 Disember 2023, 16:41

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Bangi – Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menerima kunjungan delegasi dari Kolej Pengajian Kejuruteraan (KPK), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam untuk menambah baik tadbir urus berkaitan dengan perkhidmatan sains dan pengurusan makmal.

Delegasi UiTM diketuai oleh Timbalan Pegawai Sains, KPK, Ts. Ameran Saiman bersama-sama Pegawai Sains Kanan, Penolong Jurutera Tertinggi, Penolong Jurutera dan Penolong Pegawai Sains Kanan fakulti berkenaan.

Delegasi dari UiTM Shah Alam.

Kunjungan ini disambut oleh Pengerusi Kumpulan Pegawai Sains (K-Sains), UKM, YBrs. Ts. Dr. Idris Zulkifle, Ketua Pegawai Sains, FKAB, UKM, YBrs. Dr. Farizah Ansarudin, Ketua Skim Perkhidmatan Sains (Skim C), UKM, Puan Lily Khairiah Kadaruddin, wakil exco K-Sains, UKM serta wakil pengurusan makmal FKAB, UKM.

Wakil exco K-Sains, UKM dan wakil pengurusan makmal FKAB, UKM.

Sesi lawatan dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan taklimat pengenalan fakulti oleh YBrs. Dr. Farizah Ansarudin, diikuti dengan taklimat yang disampaikan oleh YBrs. Ts. Dr. Idris Zulkifle dan diakhiri dengan taklimat tentang KPK, UiTM Shah Alam oleh Ts. Ameran Saiman.

Selepas taklimat tersebut, sesi perbincangan telah diadakan untuk berkongsikan pandangan dan idea berkaitan dengan kaedah pengurusan makmal pengajaran dan penyelidikan yang sistematik, keselamatan makmal, penyelenggaraan peralatan, inovasi, penjanaan dan peluang penyelidikan bagi kakitangan bukan akademik.

Delegasi dari UiTM Shah Alam turut berkesempatan melawat ke Makmal Pengajaran, Penyelidikan dan Analitikal yang terdapat di Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses, Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem serta Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan di UKM.

Sesi lawatan ke Makmal Pengajaran, Penyelidikan dan Analitikal di FKAB, UKM.

Dalam lawatan ini, prosedur dan amalan terbaik dalam pengurusan makmal di UKM juga dijelaskan kepada delegasi dari UiTM Shah Alam di samping berkongsikan kaedah pengurusan makmal yang efektif dan efisien untuk mewujudkan suasana kerja yang selamat dalam kalangan pengguna.

Sesi penyampaian cenderamata sebagai tanda penghargaan daripada YBrs. Dr. Farizah Ansarudin (kiri) kepada Ts. Ameran Saiman (kanan).

Selain mengeratkan hubungan antara kedua-dua buah universiti, lawatan ini juga memperkukuh potensi kerjasama dalam membina rangkaian profesional dan peluang kolaborasi dalam aspek perkhidmatan sains dan pengurusan makmal dapat difahami dengan lebih mendalam serta meningkatkan peluang pendidikan menerusi sesi perkongsian ilmu berkaitan dengan amalan terbaik dan kemahiran yang bermanfaat.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.