2 Disember 2023, 21:19

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Bangkok – Malaysian Physiotherapy Association (MPA) telah menghadiri 16th Asian Confederation for Physical Therapy (ACPT) yang diadakan untuk memperluas pengetahuan dan perspektif mengenai bidang fisioterapi serta mewujudkan kerjasama dan jaringan antarabangsa dalam memajukan bidang fisioterapi dalam konteks serantau Asia, baru-baru ini.

Persidangan yang diadakan di Bangkok, Thailand itu dihadiri oleh delegasi MPA yang diketuai oleh Presiden MPA, Profesor Madya Dr. Haidzir Abd Manaf dan beberapa ahli jawatankuasa yang aktif terlibat dalam sesi perbincangan, pertukaran pendapat, membina jaringan dan berkongsi pengetahuan bersama-sama delegasi dari kebanyakan negara Asia seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Korea dan Jepun.

Delegasi dari Malaysia ke ACPT diketuai oleh Presiden MPA, Profesor Madya Dr. Haidzir Abd Manaf.

Antara beberapa tajuk penting yang dibincangkan dalam persidangan ini termasuklah peranan perubatan gaya hidup dalam terapi fizikal, promosi kesihatan dalam era norma baharu, peranan pelbagai disiplin dalam promosi kesihatan dan kepentingan ahli terapi fizikal untuk menjadi pakar sistem pergerakan yang dilihat begitu relevan bagi mencapai satu visi dan misi yang seragam dalam mendepani isu dan cabaran dalam bidang fisioterapi dalam konteks serantau Asia.

Melalui persidangan ini juga, MPA juga telah membina hubungan dan kerjasama dengan pelbagai institusi fisioterapi yang penting seperti King Chulalongkorn Memorial Hospital’s Geriatric Rehabilitation Centre untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang rehabilitasi geriatrik antara Malaysia dengan Thailand.

MPA menjalinkan kerjasama dengan King Chulalongkorn Memorial Hospital’s Geriatric Rehabilitation Centre untuk berkongsi kemahiran dan pengetahuan dalam bidang rehabilitasi geriatrik.

Jaringan bersama dengan Pusat Kajian dan Inovasi Human Movement Science di Faculty of Physical Therapy, Universiti Mahidol Thailand juga dapat memberikan impak penting antara kedua-dua negara dalam perkongsian penyelidikan terkini, kemajuan teknologi dan amalan terbaik dalam bidang fisioterapi dan sains pergerakan manusia.

Selain itu, Puan Nur Shafiqah Khairnaim dari Universiti Teknologi MARA telah dianugerahkan sebagai pembentang terbaik, manakala Puan Syazlin Azmi dari Hospital Rehabilitasi Cheras telah dianugerahkan sebagai pembentang kedua terbaik dalam ACPT.

Puan Nur Shafiqah Khairnaim (kiri) dan Puan Syazlin Azmi (kanan) yang memenangi anugerah pembentangan dalam ACPT Ke-16 di Bangkok, Thailand. 

 

Pada masa yang sama, MPA giat mempromosikan Malaysian Physiotherapy Conference yang akan berlangsung di Malaysia pada tahun 2024 kepada negara Asia dalam persidangan ini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.