11 Julai 2023, 09:42

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Bangi – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Empat, Seksyen 4 Bandar Baru Bangi dipilih oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai sekolah pertama bagi pelaksanaan projek rintis tentang pengurusan keselamatan kimia yang melibatkan penyimpanan, pengendalian dan pelupusan bahan kimia di sekolah.

Delegasi UKM yang terlibat dalam projek ini ialah Kumpulan Penaksiran Risiko Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan secara Kendiri (SeCHRA) yang diwakili oleh Pegawai Sains dan Penolong Pegawai Sains Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (ROSH-UKM), Pegawai Sains Fakulti Farmasi serta Pegawai Penyelidik Fakulti Sains Kesihatan.

Menurut Pengetua SMK Jalan Empat, Tuan Haji Mohamad Sabri Satar, pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran pihak UKM ke sekolah tersebut.

Kami menyambut baik usaha kumpulan SeCHRA UKM bagi membantu pengurusan keselamatan kimia demi menjamin keselamatan dan kesihatan warga sekolah ini.

Lawatan ini dimulakan dengan pembentangan lawatan yang merangkumi pengenalan, pencapaian kumpulan SeCHRA pada peringkat UKM dn objektif lawatan tersebut diadakan oleh Pegawai Sains ROSH-UKM selaku Ketua Delegasi UKM, Puan Siti Rahimah Umar.

Kumpulan SeCHRA, UKM bersama-sama wakil pengurusan sekolah yang diketuai oleh Pengetua SMK Jalan Empat, Tuan Haji Mohamad Sabri Satar.

“Kami mahu mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan aspek pengurusan keselamatan kimia di sekolah, menilai pemahaman kakitangan yang terlibat dengan pengurusan bahan kimia, menyediakan ruang perkongsian bagi menambah baik aspek pengurusan keselamatan kimia di sekolah ini,” jelasnya dalam perkongsian tersebut.

Ujarnya lagi, pihak UKM ingin memperkenalkan Penaksiran Risiko Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan Secara Kendiri di SMK Jalan Empat.

Pihak UKM berhasrat untuk meningkatkan kefahaman keselamatan kimia dalam kalangan pengurusan sekolah dan kakitangan yang terlibat serta membantu pihak sekolah mewujudkan persekitaran yang bebas kemalangan kimia di samping memperkasa amalan kerja selamat dan sihat di sekolah.

Kumpulan SeCHRA melawat makmal kimia.
Guru SMK Jalan Empat berbincang dengan ahli kumpulan SeCHRA UKM.

Dalam kunjungan tersebut, kumpulan SeCHRA UKM telah dibawa melawat ke makmal dan stor bahan kimia bagi melihat aspek keselamatan yang melibatkan bahan kimia serta cara pengendalian bahan kimia di dalam makmal oleh pelajar.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.