19 April 2023, 21:06

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Shah Alam Bengkel Scoping Review Design in Healthcare: Let’s Do It! anjuran kluster Health and Wellness (HW), Neksus Penyelidikan Universiti Teknologi MARA (UiTM) atau ReNeU telah diadakan di Bangunan Wawasan, UITM Shah Alam, hari ini untuk meningkatkan kualiti penerbitan dalam bidang sains dan teknologi.

Bengkel selama satu hari ini memberikan peluang kepada ahli akademik dan pelajar pascasiswazah dari dalam dan luar UiTM untuk menaikkan tahap kualiti penerbitan dalam penyelidikan yang memberikan peluang kepada beberapa disiplin dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan.

Menurut Pengarah ReNeU, Profesor Ts. Dr. Mohd Rozi Ahmad dalam ucapan perasmiannya, sudah tiba masanya untuk pihak UiTM berkongsikan pengetahuan dan kepakaran dengan pihak luar, terutama industri dan masyarakat.

Kami mengharapkan manfaat daripada pemindahan pengetahuan dan teknologi ini dapat dirasai dan diterjemahkan dalam bentuk pertumbuhan ekonomi Malaysia yang lebih mampan dan peningkatan kesejahteraan serta kualiti hidup rakyat secara amnya.

Timbalan Pengarah HW, ReNeU, Profesor Dr. Mohd Yusmiaidil Putera Mohd Yusof yang dilantik sebagai penceramah jemputan bagi bengkel ini berkata penyelidikan yang berimpak akan memberikan ketampakan kepada dunia luar.

“Hal ini secara tidak langsung akan mengangkat martabat institusi yang diwakili oleh penyelidikan tersebut pada peringkat yang lebih tinggi,” sambungnya lagi.

Peserta bengkel Scoping Review Design in Healthcare: Let’s Do It! bersama-sama penceramah bengkel, Profesor Dr Mohd Yusmiaidil Putera Mohd Yusof dan Pengarah ReNeU, Profesor Ts. Dr. Mohd Rozi Ahmad yang diadakan di UiTM Shah Alam, hari ini.

Bengkel yang diadakan ini adalah selaras dengan bidang keutamaan sains, teknologi dan inovasi negara seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas dan Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi Malaysia (MySTIE).

Peserta bengkel semasa sesi aplikasi amali dan mencari artikel yang berkualiti.

 

Sebahagian daripada peserta yang berjaya menyelesaikan tugasan dalam Bengkel Scoping Review Design in Healthcare: Let’s Do It!

Dalam Perutusan Tahun Baharu 2023 baru-baru ini, Menteri Pendidikan Tinggi, Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin juga telah berazam untuk memberikan tumpuan dan keutamaan kepada tiga perkara utama, iaitu pendigitalan, penyelenggaraan dan menaik taraf serta penyelidikan.

UiTM berpegang kepada elemen pengajaran dan pembelajaran yang menjadi teras utama dalam ekosistem di UiTM di samping menggalakkan aktiviti penyelidikan.

Bagi meningkatkan keternampakan fungsi sesebuah institusi pendidikan tinggi, UiTM mengambil langkah bersama-sama dalam memajukan penyelidikan dan memanfaatkan kekuatannya dalam bidang intelektual yang akan memberikan kesan kepada komuniti, teknologi, ekonomi dan masyarakat.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.