Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Jabatan Meteorologi Malaysia, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) pada pagi mengeluarkan amaran hujan berterusan di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.
Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) adalah melibatkan negeri Kelantan; dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun) sehingga Sabtu, 26 Februari 2022. Hujan sangat lebat secara berterusan dijangka berlaku di kawasan tersebut.
Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dijangka berlaku di negeri Perlis; Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling); dan Perak (Hulu Perak) sehingga Sabtu, 26 Februari 2022.
Amaran Hujan Berterusan (Waspada) pula dijangka berlaku di negeri Kedah (Kulim dan Bandar Baharu); Pulau Pinang; Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim); Terengganu (Kemaman); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan); Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; dan Wilayah Persekutuan Putrajaya sehingga Sabtu, 26 Februari 2022.

Sehubungan dengan itu, penduduk di kawasan yang terlibat diharap agar dapat mengikuti perkembangan cuaca dari semasa ke semasa dan membuat persiapan yang sepatutnya dalam menghadapi situasi tersebut. Penduduk juga dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.