Diterbitkan pada 25 Februari 2022, 23:26

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Menurut Jabatan Meterologi Malaysia (MET Malaysia), Kementerian Alam Sekitar dan Air, gempa bumi susulan berikutan gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 yang  berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada pukul 9.39 pagi tadi, 25 Februari 2022 adalah sebanyak dua kali yang dikesan oleh pihaknya, manakala gempa susulan yang dikesan oleh BMKG (Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizika) Indonesia setakat jam 4.50 petang tadi, 25 Februari 2022 adalah berjumlah 27 kali.

Sehingga kini, maklumat yang diterima menunjukkan impak atau kesan adalah minimal terhadap negara daripada kejadian gempa bumi ini. Bagi memastikan keselamatan negara, MET Malaysia akan terus memantau sebarang kejadian gempa susulan yang berlaku dan memaklumkan perkembangan terkini sekiranya terdapat aktiviti seismik yang dikesan di sekitar kawasan terlibat.

Sehubungan dengan itu, untuk mendapatkan maklumat tentang gempa atau tsunami terkini, masyarakat boleh mendapatkannya melalui laman web Jabatan Meteorologi Malaysia, iaitu www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MET Malaysia serta Hotline di talian 1-300-22-1638

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi