Diterbitkan pada 25 Februari 2022, 22:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Susulan Amaran Hujan Berterusan Waspada oleh Jabatan Meteorologi Malaysia bertarikh 25 Februari 2022 jam 12.00 tengah hari, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) meramalkan banjir akan berlaku di beberapa daerah di Kelantan dan Terengganu. Kawasan yang terlibat adalah seperti yang berikut:

1.  Kelantan: Bermula 25 Februari 2022 pada pukul 8.00 malam di Lembangan Sungai Kelantan melibatkan daerah Kuala Krai dan Tanah Merah serta kawasan kawasan sekitarnya yang berisiko banjir.

2. Terengganu: Bermula 25 Februari 2022 pada pukul 2.00 petang di Lembangan Sungai Besut melibatkan daerah Besut; Lembangan Sungai Kemaman melibatkan melibatkan daerah Kemaman; Lembangan Sungai Setiu melibatkan daerah Setiu; Lembangan Sungai Terengganu melibatkan daerah Hulu Terengganu serta kawasan sekitarnya yang berisiko banjir.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia menasihati penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka akan mengalami banjir diminta agar berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa. Penduduk boleh mendapatkan maklumat dan amaran semasa berkaitan dengannya melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my, facebook: PublicInfoBanjir dan twitter @JPS_InfoBanjir.

Sumber:
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
Kementerian Alam Sekitar dan Air

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi