Oleh Ritah Yahaya
18 Oktober 2021, 23:43

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Labuan – Editor majalah Dewan Kosmik, Ritah Yahaya membuat kunjungan ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Labuan untuk menyatakan hasrat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi menjalinkan kerjasama pintar dalam bidang penerbitan, khususnya kegiatan penulisan berkaitan dengan bidang STEM dan veterinar untuk diterbitkan dalam majalah Dewan Kosmik dan pelantar penerbitan digital Dewan Bahasa dan Pustaka, JendelaDBP Dewan Kosmik.

Pertemuan yang berlangsung antara Editor Dewan Kosmik dengan Ketua Bahagian Pembangunan Industri Ternakan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Labuan, Dr. Siti Nur Hani Arib yang mewakili Pengarah Jabatan Veterinar Wilayah Persekutuan Labuan dan Dr. Marysia James Abie itu mendapat respons yang positif. 

Menerusi pertemuan itu, Dr. Siti Nur Hani menzahirkan kegembiraan dan keterujaan pihak jabatan atas peluang dan ruang kerjasama penulisan seumpama ini yang dilihat berupaya menyuntik semangat dan memberikan galakan kepada kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Labuan untuk berkongsi ilmu dan hasil penyelidikan dengan khalayak berkaitan dengan peranan dan penglibatan jabatan, bidang veterinar, konservasi, penyakit haiwan, pengurusan haiwan, termasuklah pengurusan Taman Burung Labuan,  dan lain-lain dalam bentuk penulisan sains popular.

Taman Burung Labuan merupakan satu-satunya taman burung di Borneo yang sepenuhnya ditadbir oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Labuan. Taman Burung Labuan yang menjadi tarikan masyarakat tempatan serta pelancong dari dalam negara dan luar negara menempatkan lebih daripada 600 ekor burung dari pelbagai spesies eksotik dan Borneo.

Kerjasama penerbitan antara DBP dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Labuan diharapkan dapat mendekatkan jabatan dengan masyarakat melalui kegiatan penulisan sains popular agar masyarakat bukan sahaja celik STEM, malah memahami tentang peri pentingnya ekosistem yang baik dan seimbang demi kehidupan yang lestari.

(Gambar: Ritah Yahaya (kiri), Dr. Siti Nur Hani Arib (tengah) dan Fatin Syazana  Zulkafali, mantan penolong editor Dewan Kosmik (kanan).

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.