Oleh Ritah Yahaya
22 Ogos 2021, 22:57

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Petaling Jaya – Dato’ Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke CAC Swasta UEM Edgenta Traning Centre (UELC), Petaling Jaya membuat lawatan kerja untuk melihat kesiapsiagaan dan keadaan semasa pengurusan kuarantin kendiri di rumah dan pengawasan di fasiliti tersebut.

Dato’ Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)Dato’ Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia

Dato’ Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (dua dari kanan).

            Turut hadir Datuk Dr Chong Chee Keong, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Dato’ Indera Dr Sha’ari, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, En Syahrunizam Samsudin, Pengarah Urusan UEM Edgenta Bhd, Dr Nik Fawaz Nik Abdul Aziz, Ketua Edgenta Healthcare, pegawai kanan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, dan Edgenta Healthcare.

Mohd Shafiq dalam lawatan tersebut menjelaskan bahawa kepentingan pembangunan teknologi tempatan Malaysia dalam industri kesihatan harus dilihat sebagai industri strategik yang menyumbang kepada ekonomi negara. Projek rintis Home Quarantine Monitoring System dibangunkan secara tempatan dilengkapi teknologi  Global Positioning System (GPS) untuk mengawasi pesakit yang diarahkan menjalani kuarantin kendiri di rumah melalui pemantauan masa nyata seperti saranan KKM. Sistem ini terdiri daripada e-Bracelet RFID dan Covert Tracking Unit (CTU) yang akan mencetuskan amaran dan memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai sebarang pelanggaran SOP.

Mohd Shafiq turut melawat Mobile Testing Laboratory di CAC Swasta UEM Edgenta dan diberikan taklimat proses ujian makmal COVID-19. Kerjasama KKM dengan pihak swasta untuk mewujudkan “capacity building” ujian makmal melalui pengoptimuman fasiliti makmal swasta turut dibincangkan.

 

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.