Diterbitkan pada 28 Julai 2021, 10:46

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Awas, jangan lepaskan ikan mas haiwan kesayangan anda ke dalam kolam atau tasik!

Pada 9 Julai 2021, sekumpulan ikan mas gergasi ditemui di sebuah tasik di Amerika Syarikat. Menurut akaun Twitter rasmi City of Burnsville, ikan mas akan membesar setelah dibuang ke tasik, menyumbang kepada kualiti air yang buruk.

Ikan mas ini akan membuang endapan dasar dan mencabut tanaman di dalam tasik. Hal ini mengakibatkan gangguan besar terhadap ekosistem kerana ikan mas ini membiak dengan cepat dan menguasai spesies akuatik asli di dalam kolam atau tasik itu.

(Berita ini diolah daripada https://worldofbuzz.com)

(Sumber): Twitter/City of Burnsville
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi