30 Mac 2021, 23:28

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) sekali lagi mengambil inisiatif untuk mengiktiraf dan menghargai sumbangan para ilmuwan dan karyawan dalam kalangan ahli MAPIM dengan penganjuran Anugerah MAPIM-KPM 2019 (MAPIM-KPT ke-13).

Majlis Anugerah MAPIM-KPT ke-13 yang diadakan pada 30 Mac 2021, pukul 2.30 petang secara dalam talian Cisco Webex telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Mansor Haji Othman.

Pemberian anugerah MAPIM adalah berdasarkan hadiah atau pengiktirafan yang diperoleh, iaitu dengan memilih yang terbaik dalam hasil penulisan dan kerjaya masing-masing. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melakarkan kejayaan memenangi anugerah pada kali ini bagi kategori Anugerah Buku Ilmiah Terbaik Sains Sosial dan Kemanusiaan, Anugerah Buku Ilmiah Terbaik Sains, Teknologi dan Perubatan, Anugerah Editor Naskhah Terbaik Sains Sosial dan Kemanusiaan, Anugerah Buku Ilmiah Umum Terbaik Sains, Teknologi dan Perubatan, dan Sijil Penghargaan Anugerah Editor Naskhah Terbaik Sains, Teknologi dan Perubatan.

Penganjuran berterusan dan konsisten ini mencerminkan MAPIM ke arah memastikan sesebuah institusi pendidikan dan penyelidikan di Malaysia mencapai tahap antarabangsa dalam bidang penerbitan. Anugerah MAPIM antaranya bertujuan memberikan pengiktirafan kepada anggota MAPIM atas usaha mereka memajukan penerbitan ilmiah di Malaysia di samping memberikan pengiktirafan kepada karyawan atas sumbangan cemerlang mereka dalam bidang penerbitan ilmiah. Anugerah MAPIM merupakan anugerah tahunan yang merangkumi tiga kategori utama, iaitu:

  1. Kategori Anugerah Buku Terbaik – Kemanusiaan dan Sains Sosial Sains, Teknologi dan Perubatan
  1. Kategori Anugerah Makalah Jurnal Terbaik – Kemanusiaan dan Sains Sosial Sains, Teknologi dan Perubatan
  1. Kategori Anugerah Editor Naskhah Terbaik – Kemanusiaan dan Sains Sosial Sains, Teknologi dan Perubatan

Senarai Buku DBP yang Memenangi Anugerah MAPIM 2019

BIL. JUDUL EDITOR ANUGERAH DAN KATEGORI
1. Kaedah Penyelidikan Berasaskan Proses Pemfatwaan

Penulis:
Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin

Hasliha @ Nor Hasliha binti Mat Zabidi
Bahagian Buku Umum
ANUGERAH MAPIM-KPT 2019

Anugerah Buku Ilmiah Terbaik
Sains Sosial dan Kemanusiaan

2. Bombacaceae; Ciri Anatomi dan Mikromorfologi Daun

Penulis:
Noraini Talip
Noor Solihani Shamsuddin

Mohd. Amizi Ikman bin Amran
Bahagian Buku Umum
ANUGERAH MAPIM-KPT 2019

Anugerah Buku Ilmiah Terbaik
Sains, Teknologi dan Perubatan

3. Amalan Terbaik Organisasi Pembelajaran di Sekolah

Penulis:
Rosnah Ishak

Mohd. Amizi Ikman bin Amran
Bahagian Buku Umum
ANUGERAH MAPIM-KPT 2019

Anugerah Editor Naskhah Terbaik
Sains Sosial dan Kemanusiaan

4. Polifenol: Sumber Makanan dan Manfaat Kesihatan

Penulis:
Hanis Mastura Yahya

Siti Mariam binti Othman
Bahagian Buku Umum
ANUGERAH MAPIM-KPT 2019

Sijil Penghargaan

Anugerah Editor Naskhah Terbaik
Sains, Teknologi dan Perubatan

5. 100 Kanser Payudara

Penulis:
Wan Zahira Wan Zain
Arman Zaharil Mat Saad
Mazian Ismail

Suzana binti Ibrahim
Bahagian Buku Umum
ANUGERAH MAPIM-KPT 2019

Anugerah Buku Ilmiah Umum Terbaik
Sains, Teknologi dan Perubatan

(Sumber: Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM))

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.