Diterbitkan pada 25 Mac 2021, 09:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Para peminat dan pengkaji astronomi jangan lepaskan peluang keemasan menyaksikan sebutir bintang yang sangat terang pada bulan Mac ini. Langit pada bulan Mac akan dihiasi dengan beberapa buruj. Langit utara akan dihiasi dengan buruj Ursa Major, Auriga dan Leo. Bentuk buruj Ursa Major adalah seperti gayung yang menjadi panduan arah utara. Terdapat satu bintang yang sangat terang dalam buruj Auriga. Bintang ini dikenali sebagai Capella. Sementara buruj Gemini dan Orion akan berada tinggi di tengah langit pada awal malam.

(Sumber: Dr. Kassim Bahali, Felow Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia).

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi