Diterbitkan pada 19 Mac 2021, 11:01

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

IPOH: Pasar Ayam Amanjaya, Ipoh menjadi pasar pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi robotik dalam menyelesaikan isu kebersihan dan pengangkutan barang dalam kawasan pasar.

Projek kerjasama strategik antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu merupakan projek rintis dalam aplikasi robotik dan kecerdasan buatan (AI).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, ia juga bertepatan dengan keperluan terhadap perubahan cara hidup norma baharu ekoran penularan COVID-19.

Sebanyak tiga jenis robot digunakan di Pasar Ayam, Amanjaya iaitu robot penghantaran untuk mengangkut barang, robot pengangkut sampah untuk  mengutip sisa dan robot pembersih lantai untuk membersihkan lantai.

Ketiga-tiga robot itu dibangunkan oleh dua syarikat tempatan, Ideasparq Robotics Sdn. Bhd. dan Akar Indah Engineering Sdn. Bhd. dengan kerjasama MTDC.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi