Diterbitkan pada 29 Jun 2021, 17:03

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Malaysia bakal menyaksikan transformasi sosioekonomi berdasarkan teknologi 4IR. Teknologi 4IR merangkumi dunia fizikal, digital dan biologi, termasuklah bidang robotik, percetakan 3 Dimensi (3D) dan kecerdasan buatan (artificial intelligence (AI)).

Teknologi ini bertujuan menjadikan sebuah dunia baharu seperti pemanduan automatik bagi mengelakkan kemalangan, pengendalian segala urusan dengan lebih pantas dan penggunaan teknologi yang mencipta persekitaran yang lebih baik yang mengurangkan pencemaran.

Saksikan Majlis Pelancaran Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara secara langsung di Facebook Unit Perancang Ekonomi (laman rasmi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)), dan di laman web www.4irnegara.gov.my pada 1 Julai 2021 (Khamis), pukul 9.00 pagi.

(Sumber: Unit Perancang Ekonomi – Laman Rasmi)

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi