Diterbitkan pada 21 Jun 2021, 10:05

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Sebenarnya, bukan mudah untuk menghasilkan sesuatu vaksin. Kebiasaannya, proses ini mengambil masa antara 12 tahun hingga 15 tahun. Terdapat enam fasa penghasilan vaksin, iaitu fasa penyelidikan (exploratory), fasa kajian praklinikal (preclinical study), fasa kajian klinikal, fasa regulatori, fasa penghasilan, dan fasa kawalan kualiti.

Fasa yang paling penting ialah kajian klinikal. Pada fasa ini keselamatan dan keberkesanan vaksin dibuktikan secara saintifik. Fasa ini akan melibatkan ribuan peserta kajian. Pada fasa ini juga, kesan sampingan akan dikenal pasti dan julatnya dicatatkan. Kebiasaannya, fasa kajian ini memakan masa antara dua tahun hingga empat tahun. Namun begitu, disebabkan perlunya vaksin untuk menghentikan pandemik COVID-19, pihak regulatori Food and Drug Administration (FDA) di Amerika Syarikat telah memberikan pengecualian dan meluluskan penggunaan vaksin ini di bawah Emergency Use Authorization (EUA). Walau bagaimanapun, perlu difahami bahawa keselamatan dan keberkesanan vaksin ini sudah terbukti sebelum kelulusan penggunaannya diberi kepada penerimanya.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi