Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangHABIB dan Zoo Negara Malaysia berkolaborasi untuk memberikan pendedahan dan sokongan membantu pemuliharaan Zoo Negara. Sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya, HABIB menawarkan kepada orang ramai wafer emas 24K/999.9 edisi terhad dalam rekaan enam haiwan ikonik Zoo Negara Malaysia, iaitu Burung Enggang Badak atau Burung Enggang Kenyalang (Rhinoceros Hornbill), Giant Panda, orang utan, Harimau Malaya, Kancil (Lesser Mousedeer), dan Gajah Asia.
Keenam-enam wafer emas seberat 0.2 gram ini berharga RM118.00, boleh didapati di bilik pameran HABIB di seluruh negara dan di laman web HABIB. Sebahagian daripada hasil penjualan wafer emas harimau ini akan disalurkan kepada Zoo Negara Malaysia.