Diterbitkan pada 9 Februari 2026, 21:18

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Bentong – Pusat Kajian Toksikologi dan Risiko Kesihatan (CORE), Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berjaya menganjurkan Bengkel Transformasi dan Kecemerlangan Pasukan Pusat CORE 2026 pada 7 hingga 8 Februari 2026 yang bertujuan untuk mengukuhkan jati diri organisasi serta membina sinergi yang padu bagi menghadapi cabaran masa hadapan. 

Berpaksikan tema “Sederap Menuju Puncak Kecemerlangan”, Pengerusi Pusat CORE, YBrs. Prof. Madya Dr. Asmah Hamid, dalam ucapannya menekankan kepentingan kesatuan pemikiran dan tindakan berstrategi sebagai kunci kekuatan organisasi.

YBrs. Prof. Madya Dr. Asmah Hamid, Pengerusi Pusat CORE, FSK, UKM memberikan ucapan alu-aluan.

Program ini padat dengan pelbagai aktiviti yang merangkumi aspek intelektual dan santai dan dimulakan dengan “Pembentangan Strategik: Sesi Ideas in Action/Voices and Visions”, menyaksikan pembentangan daripada enam kumpulan, iaitu Penyelidikan, Penerbitan, Siswazah, Penjanaan, Jaringan, dan Inovasi. Setiap kumpulan membentangkan strategi, sasaran dan tindakan bagi mencapai KPI tahun 2026nyang menzahirkan komitmen warga Pusat CORE dalam hala tuju yang jelas serta tindakan yang proaktif dan berstrategi ke arah penyatuan idea yang kreatif dan inovatif.

Pengukuhan pasukan ini diteruskan lagi dengan saktiviti Move and Groove, senamrobik dan zumba yang dirancang sebagai medan untuk menyatukan kekuatan warga CORE dan memupuk semangat kerja berpasukan selain mengukuhkan ikatan silaturahim yang membantu mengeratkan hubungan antara rakan sekerja dalam suasana yang kurang formal.

Malam Apresiasi yang merupakan acara kemuncak A Night to Remember bertemakan “Glam in the Forest” memeriahkan suasana dengan persembahan berkumpulan dan sesi pertukaran hadiah. Aktiviti ini telah menyuburkan semangat kebersamaan yang menjadi medan untuk memupuk semangat setiakawan melalui aktiviti persembahan kumpulan dan dapat membina sinergi dan budaya kerja berpasukan yang mengangkat budaya kerja yang progresif, dinamik, dan berimpak tinggi melalui kolaborasi dalam persembahan.

Pemilihan eRYA by SURIA Hot Spring, Bentong,  yang dikelilingi alam semula jadi bukan sahaja bertujuan untuk percambahan idea, malah memberikan peluang kepada peserta untuk merehatkan minda dan menyegarkan emosi.

Dengan semangat, Collaborate, Ignite and Resonate the Passion!, Pusat CORE kini tampil lebih berani dan bersedia untuk mengukir kecemerlangan yang lebih gemilang di persada penyelidikan toksikologi dan risiko kesihatan.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi