Diterbitkan pada 9 Februari 2026, 17:35

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Pulau Pinang – Universiti Sains Malaysia (USM) terus komited menerajui pembelajaran sepanjang hayat yang fleksibel apabila permohonan kemasukan Program Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) Fasa 1 melalui Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) dibuka mulai 21 Januari 2026 hingga 10 April 2026.

RPJJ USM menawarkan sembilan program, iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Biologi dengan Kepujian; Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Matematik dengan Kepujian; Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dalam Sains Politik dengan Kepujian; Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dalam Antropologi dan Sosiologi dengan Kepujian; Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dalam Ekonomi dengan Kepujian; Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Sejarah dengan Kepujian; Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dalam Kewangan dengan Kepujian; Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dalam Pemasaran dengan Kepujian serta Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dalam Strategi dan Pengurusan Organisasi dengan Kepujian.

Menurut Alumni RPJJ, Puan Atiqah Mutaza yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan serta penerima Hadiah Pingat Emas USM, sistem pembelajaran fleksibel RPJJ membolehkan pelajar menyambung pengajian tanpa meninggalkan kerjaya dan keluarga, di samping merealisasikan impian memperoleh ijazah daripada institusi dinamik yang menetapkan piawaian tinggi dalam pembelajaran terbuka dan jarak jauh, khususnya untuk golongan dewasa yang bekerja.

Dengan adanya model pembelajaran yang fleksibel serta kos pengajian kompetitif, RPJJ menjadi pilihan tepat kepada individu yang ingin menyambung pengajian sambil bekerja walaupun berdepan dengan kekangan masa dan kewangan, selain tetap menerapkan roh USM sebagai universiti penyelidikan yang menjuarai agenda kelestarian melalui penggunaan teknologi terkini, inovasi pengajaran dan pelbagai perkhidmatan sokongan bagi memastikan pengalaman pembelajaran terbaik.

Orang ramai yang berminat untuk merebut peluang melanjutkan pengajian di USM boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web USM atau menghubungi pihak PPPJJ melalui talian telefon 04-6536197 atau mengemukakan pertanyaan melalui e-mel [email protected].

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi