Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangNilai – Enforcement, Leadership and Management University (ELMU) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Foster & Freeman, pengeluar terkemuka teknologi sains forensik dan pengesahan identiti dari United Kingdom bagi memperkukuh kerjasama dalam pendidikan, penyelidikan dan pembangunan pakar forensik di Malaysia serta rantau ASEAN.
MoU berkenaan ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap Presiden Strategi dan Penyelidikan Kumpulan ELMU, YBhg. Dato’ Hairul Ridza Hayata bagi pihak ELMU dan Pengarah Jualan Antarabangsa Foster & Freeman, Richard Evans yang mewakili syarikat tersebut serta disaksikan oleh Ketua Pegawai Teknologi ELMU, Kurian Thomas dan Pengarah Urusan Integwealth Sdn. Bhd., Encik Ahmad Khairi Ismail.

Menurut YBhg. Dato’ Hairul Ridza Hayata, kerjasama tersebut merupakan langkah penting dalam mengukuhkan ekosistem akademik dan penyelidikan universiti, khususnya dalam bidang sains forensik dan penyiasatan.
Ujarnya,
Kerjasama itu sejajar dengan misi ELMU untuk menggabungkan kecemerlangan akademik dengan inovasi industri bagi memastikan pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan kekal relevan dengan keperluan semasa agensi penguatkuasaan undang-undang.
Beliau juga menyatakan bahawa kerjasama strategik itu memberikan tumpuan pada beberapa bidang utama, termasuklah latihan dan perkongsian ilmu melalui program Pembangunan Profesional Berterusan atau Continuous Professional Development (CPD) Foster & Freeman yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa dalam bidang forensik dan pengesahan identiti.
Katanya,
ELMU akan menjadi pusat latihan serantau rasmi bagi program profesional Foster & Freeman serta bakal menganjurkan bengkel, seminar, demonstrasi dan persidangan bersama untuk mengukuhkan hubungan antara akademia, industri dengan agensi penguatkuasaan.
Sementara itu, Richard Evans berpandangan bahawa kerjasama tersebut membuka peluang yang luas kepada kedua-dua pihak untuk menggabungkan kepakaran akademik ELMU dengan teknologi forensik terkini yang dibangunkan oleh Foster & Freeman.
Tambah beliau,
Melalui kerjasama itu, kedua-dua organisasi menyasarkan untuk melahirkan generasi baharu profesional penguatkuasaan yang memiliki asas saintifik kukuh dan kemahiran teknologi praktikal, selain memperkenalkan modul CPD Foster & Freeman dalam portfolio akademik dan latihan profesional ELMU bagi memperluas akses kepada latihan forensik bertaraf antarabangsa di Malaysia dan ASEAN.
Kerjasama tersebut turut membuktikan komitmen Foster & Freeman dalam menyokong pendidikan dan penyelidikan forensik di rantau ini serta memberikan ruang kepada ELMU untuk menawarkan latihan teknologi forensik kepada agensi yang memerlukannya.
Pada masa yang sama, kerjasama strategik itu juga menandakan peningkatan peranan ELMU dalam komuniti forensik global dan pelaksanaan program latihan serta penyelidikan bersama dijangka akan bermula seawal tahun 2026.