Diterbitkan pada 25 Februari 2022, 15:10

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) menerusi kenyataan media pada hari ini memaklumkan bahawa berlaku kejadian kerosakan sistem elektrikal di Rumah Pam Bukit Jelutong U8, Shah Alam pada 25 Februari 2022. Oleh itu, Air Selangor perlu menjalankan kerja-kerja kecemasan bagi pembaikan sistem elektrikal yang telah bermula pada pukul 9.30 pagi hari ini. Kerja-kerja pembaikan ini akan mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 41 kawasan di Wilayah Petaling dan Wilayah Klang.

Menurut Air Selangor, kerja-kerja pembaikan ini dijangka akan siap sepenuhnya pada pukul 2.30 petang dan bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada premis pengguna setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan. Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung pada lokasi dan jarak premis pengguna.

Sementara menunggu kerja pembaikan siap, bantuan alternatif melalui lori-lori tangki akan digerakkan ke kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini. Bagi memastikan air dapat disalurkan kepada masyarakat dengan lancar, Air Selangor memohon kerjasama orang ramai agar mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mendapatkan bekalan air daripada lori-lori tangki.

Pihak Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan kejadian ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa. Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300. Air Selangor juga ingin menggalakkan para pengguna untuk mengajukan sebarang pertanyaan atau aduan menerusi saluran komunikasi tanpa suara di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ini adalah seperti yang berikut:

Wilayah Shah Alam/ Klang

1. Seksyen 22

2. Seksyen 26

3. Seksyen 27

4. Seksyen 28

5. Seksyen 29

6. Seksyen 30

7. Taman Subang Mas

8. Pinggiran Subang USJ3

9. Kg Kebun Bunga

10. Kg Bukit Lanchong

11. Kemuning Utama (Seksyen 33)

12. Bukit Kemuning (Seksyen 32)

13. Taman Desa Kemuning

14. Taman AMG Bt 5 Bukit Kemuning

15. Bulatan Bt 4-8 Jalan Bukit Kemuning

16. Taman Bukit Rimau

17. Jalan Bukit Rimau

18. Bandar Putra Heights

19. Bandar Putera

20. Bukit Naga

21. Jalan Samarinda (Taman Mesra Indah)

22. Desa Latania (Seksyen 36)

23. Kg Sungai Kandis

24. Taman Kandis Permai

25. Taman Maznah

26. Jalan Hulubalang

27. Jalan Dato Abd Hamid

28. Jalan Dato Dagang

 

Wilayah Petaling

1. Putra Avenue

2. Putra Harmoni

3. Putra Setia

4.Subang Height

5. Taman Perindustrian UEP (Jalan TP 7)

6. Taman Pinggiran USJ 1

7. Taman Pinggiran USJ 2

8. Taman Pinggiran USJ 3

9. USJ 3 (3A)

10. USJ 3 (3B)

11. USJ 3 (3C)

12. USJ 3 (3D)

13. USJ Height

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi